InsyaAllah pada 13,14 dan 15 April 2012,
Pihak sekolah akan mengadakan Kem Asas, gabungan antara dua badan beruniform di sekolah, JPAM(Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) atau dikenali KAPA(Kadet Pertahanan Awam) pada peringkat sekolah dan KRS(Kadet Remaja Sekolah).
Program ini khas bagi murid tingkatan 1. Kem Asas juga diadakan untuk memastikan murid mengetahui perkara asas seperti perkemahan, 'survival cooking', gajet dan sebagainya.
A) Bertempat di The Woods, Ulu Yam, Selangor. B) Berlangsung dari pukul 2:30 pada hari Jumaat hingga pukul 1.00 pada hari Ahad. C) Yuran RM20 bagi yang naik bas.
ii) Individu
T-shirt putih kosong 2x (Banin)
Seluar sekolah 1x (Banin)
Seluar sukan 1x Tali pinggang buckle kosong 1x (Banin)
Kasut sekolah 1x/ Kasut sukan 1x
Air secukupnya
Coklat/Energy bar secukupnya
Kain anduh 1x
Tali Nilon (2m)
Lampu suluh 1x
Alat tulis + Buku Nota
Al-Quran
Ubat-ubatan*
Al-Mathurat**
Stokin 2 pasang
Kain Pelikat 1x (Banin)
---Tambahan untuk Banat)---
Baju Kadet 1x
(Hari Pertama) Baju sukan yang telah ditetapkan - Al-Falah
Baju bebas labuh Tudung sekolah Sahaja
Kain Batik
Wind breaker/Baju sejuk Seluar Sukan Sahaja
* - Jika perlu
** -
Kehadirannya adalah wajib, dan bagi sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri, hendaklah menghantar surat kepada mana-mana AJK Kem Asas 2012
Wednesday, 28 March 2012
Makluman kepada peserta kursus kejurulatihan syabab '12, Kursus ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian Kursus ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian Harap maklum
Hujung minggu ini, 30,31 Mac dan 1 April akan diadakan Kursus Kejurulatihan kepada murid tertentu. Bertempat di Pahlawan Eco Resort, Batangkali.
Info akan diberitahu kelak, insyaAllah.
Tuesday, 27 March 2012
Maklumat yang perlu ada dalam buku log,
Buku log memainkan peranan untuk 'keep track' yang bukan hanya memastikan silibus pendidikan, malah untuk menyimpan maklumat yang diberitahu, diajar oleh para fasilitator. Dan untuk memastikan maklumat ini dapat diteruskan ke generasi baru dan tidak dipinggirkan.
Buku mesti hard cover
1) Biodata Diri
2) Maksud KAPA
3) Misi, Visi, Moto JPAM
4) Objektif, nilai teras, slogan, motto KAPA
5) Maksud Logo
6) Lagu JPAM
7) Perjumpaan
a) Tarikh, agenda, tempat, masa
b) Apa yang dibincangkan
Maksud JPAM mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
a) Semasa Peperangan: Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.
b) Semasa Aman: Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa, atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa pertahanan awam itu berungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
Misi JPAM
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa, dan selepas sesuatu bencana
Visi JPAM
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana
Moto JPAM
Sentiasa Siap Sedia
Objektif
Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan Negara yang berterusan
Nilai Teras
- Cekap dan tepat
- Berdisiplin dan bertanggung jawab
- Kerja berpasukan
- Berkhidmat dengan ikhlas
Slogan
- Dari rakyat untuk rakyat
- 991 khidmat kami untuk anda
- Kami sentiasa siap sedia
- Kami adalah kawan untuk semua
Motto Kadet Pertahanan Awam
Sedia ~ Pantas ~ Berintegriti
Maksud Logo
Konsep Reka Bentuk
Gabungan Lambang Pertahanan Awam Antarabangsa dan tempatan
Segitiga sama dan warna oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
Di sekeliling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
Bunga padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan
*Logo ini digunakan sebagai ‘crest’ pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya.
Lagu JPAM
Marilah kita semua
Bergading bahu menggembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercita
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya
Pakaian-pakaian seragam pasukan
Pakaian seragam no.1
Keterangan: Baju – Putih, Seluar – Royale Blue / Blue ICDO berjalur oren dan sonkok hitam