Maksud JPAM
a) Semasa Peperangan: Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.
b) Semasa Aman: Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa, atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa pertahanan awam itu berungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
Misi JPAM
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa, dan selepas sesuatu bencana
Visi JPAM
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana
Moto JPAM
Sentiasa Siap Sedia
Objektif
Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan Negara yang berterusan
Nilai Teras
- Cekap dan tepat
- Berdisiplin dan bertanggung jawab
- Kerja berpasukan
- Berkhidmat dengan ikhlas
Slogan
- Dari rakyat untuk rakyat
- 991 khidmat kami untuk anda
- Kami sentiasa siap sedia
- Kami adalah kawan untuk semua
Motto Kadet Pertahanan Awam
Sedia ~ Pantas ~ Berintegriti
Maksud Logo
Konsep Reka Bentuk
Gabungan Lambang Pertahanan Awam Antarabangsa dan tempatan
Segitiga sama dan warna oren
Segitiga sama dan warna oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
Di sekeliling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
Bunga padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan
*Logo ini digunakan sebagai ‘crest’ pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya.
Lagu JPAM
Marilah kita semua
Bergading bahu menggembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercita
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya
Pakaian-pakaian seragam pasukan
Keterangan: Baju – Putih, Seluar – Royale Blue / Blue ICDO berjalur oren dan sonkok hitam
Pemakaian
- Untuk rasmi sahaja
- Pegawai sahaja
- Menerima darjah kebesaran
- Jamuan diraja
Pakaian seragam no.2
Keterangan: Baju – Bush jaket biru dan beret oren
Pemakaian:
- Pegawai
- Majlis Rasmi
- Mesyuarat
- Menyambung lawatan
- Seminar
Pakaian seragam no.3
Keterangan: Baju – Biru cair, seluar – Biru ICDO dan beret oren
Pemakaian:
- Dipakai oleh semua pegawai & anggota pasukan
- Semua urusan am
- Mesyuarat / kerja-kerja pejabat
Pakaian seragam no.4
Keterangan: Baju biru, seluar biru
Pemakaian:
- Semua urusan
- Semua tugasan am dan operasi
- Operasi menyelamat
- Latihan
No comments:
Post a Comment