Monday, 10 September 2012

Perubahan pada semester ke-2

Assalamualaikum,

Sudah sekian lama, pastinya blog ini tinggal sarang labah-labah. Kali ni penulis mahu membawa suatu perubahan pada Carta Organisasi KAPA.

Ketua Pergerakan I  : Amru bin Hasbullah
Ketua Pergerakan II : Farhana bt Hassan
Timbalan Ketua Pergerakan I : Muhd Nur Wafi bin Omar
Timbalan Ketua Pergerakan II: Nur Hidayah bt Rezuan
Setiusaha I : Mohd Asyraf bin Abd Razak
Setiusaha II: Husna bt Apandi
Bendahari I : Munif Ansari bin Zainuddin
Bendahari II: Nisa'

AJK Aktiviti I : Afandi bin Rosli
AJK Aktiviti II: Salsadila bt Rosli

AJK Disiplin I : Ahmad Hafiz Farhan bin Fakhrurazi
AJK Disiplin II: Nashua

AJK Logistik I : Huzaifah
AJK Logistik II: Nur Liyana bt Hamdan

AJK Buku Log I : Azwan Solihin bin Azhar
AJK Buku Log II: Fatin Atikah

AJK Informasi I : Muhammad bin Sahrim
AJK Informasi II: Einsyah Einsyirah

Tuesday, 5 June 2012

05062012, 2354

Bismillah,

Alhamdulillah bersyukur kita pada Allah kerana masih diberi nikmat untuk menjalani hidup. Janganlah kita dilalaikan dengan hiburan yang berlebihan dan sebagainya. Post kali ini bukanlah ceramah tetapi tadi itu hanyalah tazkirah ringkas.

Alhamdulillah, program Uji Cekap dan Ekspedisi 2012 telah berlangsung dengan lancar. InsyaAllah gambar untuk kedua-dua program akan dimuat naik(upload) dalam blog ini. InsyaAllah.

Wednesday, 16 May 2012

Makluman kem ekspedisi dan uji cekap 2012

Bismillahirahmanirahim,
InsyaAllah pada 25hb lepas solat Juma'at hingga 27hb akan berlangsung program Uji Cekap dan Ekspedisi(kini lebih dikenali sebagai XPDC). Program Uji Cekap khusus kepada Tingkatan 3 manakala Ekspedisi pula khusus dan terhad kepada Tingkatan 2 dan mana-mana pelajar yang tidak pernah menyertainya seperti pelajar baru di Tingkatan 4 dan sebagainya. Sama seperti Kem Asas, program ini adalah berlangsung sekali dalam setahun. InsyaAllah pengalaman dan acara yang menarik diselitkan bagi membina teras ukhuwah yang mantap sesama insan.

Kedua-dua program ini berlangsung pada masa yang sama insyaAllah. Namun kawasan dan lokasi yang berbeza. Program Ekspedisi adatnya bertujuankan pembinaan jasmani dan pembentukan fizikal yang mantap, kuat dan gagah. Dengan acara kebiasaannya, mendaki gunung dan menguji serta melatih kemahiran syabab. Selain memantapkan ukhuwah sesama insan, program ini dapat menjana pembaikan berfikir. Otak yang cergas asalnya dari tubuh yang cergas.

Seterusnya, program Uji Cekap pula secara keseluruhannya menguji kemahiran para peserta. Dimana para peserta diagihkan dalam kumpulan tersendiri dan akan diuji oleh para fasi dan AJK. Silibus dari sesi pembelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan diuji termasuklah gajet dan sebagainya. Uji Cekap juga merupakan kem kemuncak untuk Menengah Rendah sebelum memasuki fasa PUI(Pendidikan Ulangkaji Intensif). Oleh kerana program Uji Cekap yang khusus dengan aktiviti berkumpulan, hubungan dapat dieratkan lagi insyaAllah.


EKSPEDISI 2012
Tarikh: 25hb(Jumaat) ~ 27hb(Ahad) Mei
Yuran: RM30 (Pengangkutan dan sebagainya)
Tempat: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

- Senarai Kumpulan dan Senarai barang kumpulan dan individu telah ditampal di board syabab KAPA


Senarai barang Ekspedisi 2012

Kumpulan
1. Roti 3x (buku)
2. Sardin/Tuna/Jam 3x (tin)
3. Brahim 3x (makan)
4. Parang 2x
5. Lighter 2x
6. Lilin askar, maksimum 2
7. Kentang 6x biji
8. Air Mineral 3x (botol besar)
9. Pisau 2x
10. Plastik Sampah 1x
11. Telur 6x biji
12. Lampu suluh 3x
13. Beras 3x makan;6 pot
14. Tali rafia


Individu

1. Seluar sukan 1x
2. Stokin 2x pasang
3. Kasut sukan & sekolah
4. Sweater/windbreaker/baju sejuk
5. Tali nilon (minimum 2m)
6. Kain anduh (minimum 1x)
7. Chocolate/Energy bar (3x HALAL )
8. Air isotonik dan air mineral secukupnya.
9. Al-Qur'an dan Al-Mathurat
10. Alat tulis dan buku LOG.
11. Sudu, garfu dan pinggan
12. Ubat-ubatan jika perlu
13. Baju Kadet

Tambahan untuk banin
1. T-shirt putih 2x
2. Seluar sekolah minimum 1x
3. Tali pinggang buckle kosong
4. Kain pelekat

Tambahan untuk banat
1. Baju sukan
2. Baju labuh bebas
3. Kain Batik
4. Tudung sekolah


Senarai kumpulan boleh rujuk di softboard KAPA di sekolah.


UJI CEKAP 2012
Tarikh:  25hb(Jumaat) ~ 27hb(Ahad) Mei 
Yuran: RM10 (Pengangkutan dan sebagainya)
Tempat: The Jungle Lodge, Alang Sedayu @ 
Kem D'perkasa Alang Sedayu

- Senarai Kumpulan, silibus dan senarai barang telah ditampal ada ditampal di sekolah.

Boleh rujuk di papan-papan kenyataan di sekolah pada bangunan blok A di aras 1.

Tuesday, 3 April 2012

Makluman Kem Asas '12


InsyaAllah pada 13,14 dan 15 April 2012,
Pihak sekolah akan mengadakan Kem Asas, gabungan antara dua badan beruniform di sekolah, JPAM(Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) atau dikenali KAPA(Kadet Pertahanan Awam) pada peringkat sekolah dan KRS(Kadet Remaja Sekolah).

Program ini khas bagi murid tingkatan 1. Kem Asas juga diadakan untuk memastikan murid mengetahui perkara asas seperti perkemahan, 'survival cooking', gajet dan sebagainya.



A) Bertempat di The Woods, Ulu Yam, Selangor.
B) Berlangsung dari pukul 2:30 pada hari Jumaat hingga pukul 1.00 pada hari Ahad.
C) Yuran RM20 bagi yang naik bas.



D)Barang yang perlu dibawa


i) Kumpulan
Roti Jumbo (2 buku)
Beras (6 pot)
Tuna/Sardin (5x makan)
Brahim (3x makan)
Telur (2x makan)
Lilin Askar 3 kotak
Kentang (1x makan)
Pisau 1x
Lighter(Pemetik api) 1x
Parang 1x
Plastik sampah
Pinggan , Sudu , Garpu
Tali Rafia

ii) Individu
T-shirt putih kosong 2x (Banin)
Seluar sekolah 1x (Banin)
Seluar sukan 1x
Tali pinggang buckle kosong 1x (Banin)
Kasut sekolah 1x/ Kasut sukan 1x
Air secukupnya
Coklat/Energy bar secukupnya
Kain anduh 1x
Tali Nilon (2m)
Lampu suluh 1x
Alat tulis + Buku Nota
Al-Quran
Ubat-ubatan*
Al-Mathurat**
Stokin 2 pasang
Kain Pelikat 1x (Banin)

---Tambahan untuk Banat)---
Baju Kadet 1x
(Hari Pertama) Baju sukan yang telah ditetapkan - Al-Falah
Baju bebas labuh
Tudung sekolah Sahaja
Kain Batik
Wind breaker/Baju sejuk
Seluar Sukan Sahaja
* - Jika perlu
** -




Kehadirannya adalah wajib, dan bagi sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri, hendaklah menghantar surat kepada mana-mana AJK Kem Asas 2012

Wednesday, 28 March 2012

Makluman kepada peserta kursus kejurulatihan syabab '12,
Kursus ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian
Kursus ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian
Harap maklum
Hujung minggu ini, 30,31 Mac dan 1 April akan diadakan Kursus Kejurulatihan kepada murid tertentu. Bertempat di Pahlawan Eco Resort, Batangkali.
Info akan diberitahu kelak, insyaAllah.

Tuesday, 27 March 2012

Maklumat yang perlu ada dalam buku log,

Buku log memainkan peranan untuk 'keep track' yang bukan hanya memastikan silibus pendidikan, malah untuk menyimpan maklumat yang diberitahu, diajar oleh para fasilitator. Dan untuk memastikan maklumat ini dapat diteruskan ke generasi baru dan tidak dipinggirkan.

Buku mesti hard cover
1) Biodata Diri
2) Maksud KAPA
3) Misi, Visi, Moto JPAM
4) Objektif, nilai teras, slogan, motto KAPA
5) Maksud Logo
6) Lagu JPAM
7) Perjumpaan
   a) Tarikh, agenda, tempat, masa
   b) Apa yang dibincangkan

Saturday, 24 March 2012

Maksud KAPA/JPAM


Maksud JPAM

Maksud JPAM mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:


a) Semasa Peperangan: Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.



b) Semasa Aman: Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa, atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa pertahanan awam itu berungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.





Misi JPAM
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa, dan selepas sesuatu bencana



Visi JPAM
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana



Moto JPAM
Sentiasa Siap Sedia




Objektif

Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan Negara yang berterusan


Nilai Teras
- Cekap dan tepat
- Berdisiplin dan bertanggung jawab
- Kerja berpasukan
Berkhidmat dengan ikhlas



Slogan
- Dari rakyat untuk rakyat
- 991 khidmat kami untuk anda
- Kami sentiasa siap sedia
- Kami adalah kawan untuk semua




Motto Kadet Pertahanan Awam

Sedia ~ Pantas ~ Berintegriti







Maksud Logo




Konsep Reka Bentuk
Gabungan Lambang Pertahanan Awam Antarabangsa dan tempatan


Segitiga sama dan warna oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.

Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
Di sekeliling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.

Bunga padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan 

*Logo ini digunakan sebagai ‘crest’ pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya.




Lagu JPAM


Marilah kita semua
Bergading bahu menggembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercita
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya



Pakaian-pakaian seragam pasukan





Pakaian seragam no.1
Keterangan: Baju – Putih, Seluar – Royale Blue / Blue ICDO berjalur oren dan sonkok hitam
Pemakaian
- Untuk rasmi sahaja
- Pegawai sahaja
- Menerima darjah kebesaran
- Jamuan diraja

Pakaian seragam no.2
Keterangan: Baju – Bush jaket biru dan beret oren
Pemakaian:
- Pegawai
- Majlis Rasmi
- Mesyuarat
- Menyambung lawatan
- Seminar

Pakaian seragam no.3
Keterangan: Baju – Biru cair, seluar – Biru ICDO dan beret oren
Pemakaian:
- Dipakai oleh semua pegawai & anggota pasukan
- Semua urusan am
- Mesyuarat / kerja-kerja pejabat

Pakaian seragam no.4
Keterangan: Baju biru, seluar biru
Pemakaian:
- Semua urusan
- Semua tugasan am dan operasi
- Operasi menyelamat
- Latihan