Bismillahirahmanirahim,
InsyaAllah pada 25hb lepas solat Juma'at hingga 27hb akan berlangsung program Uji Cekap dan Ekspedisi(kini lebih dikenali sebagai XPDC). Program Uji Cekap khusus kepada Tingkatan 3 manakala Ekspedisi pula khusus dan terhad kepada Tingkatan 2 dan mana-mana pelajar yang tidak pernah menyertainya seperti pelajar baru di Tingkatan 4 dan sebagainya. Sama seperti Kem Asas, program ini adalah berlangsung sekali dalam setahun. InsyaAllah pengalaman dan acara yang menarik diselitkan bagi membina teras ukhuwah yang mantap sesama insan.
Kedua-dua program ini berlangsung pada masa yang sama insyaAllah. Namun kawasan dan lokasi yang berbeza. Program Ekspedisi adatnya bertujuankan pembinaan jasmani dan pembentukan fizikal yang mantap, kuat dan gagah. Dengan acara kebiasaannya, mendaki gunung dan menguji serta melatih kemahiran syabab. Selain memantapkan ukhuwah sesama insan, program ini dapat menjana pembaikan berfikir. Otak yang cergas asalnya dari tubuh yang cergas.
Seterusnya, program Uji Cekap pula secara keseluruhannya menguji kemahiran para peserta. Dimana para peserta diagihkan dalam kumpulan tersendiri dan akan diuji oleh para fasi dan AJK. Silibus dari sesi pembelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan diuji termasuklah gajet dan sebagainya. Uji Cekap juga merupakan kem kemuncak untuk Menengah Rendah sebelum memasuki fasa PUI(Pendidikan Ulangkaji Intensif). Oleh kerana program Uji Cekap yang khusus dengan aktiviti berkumpulan, hubungan dapat dieratkan lagi insyaAllah.
EKSPEDISI 2012
Tarikh: 25hb(Jumaat) ~ 27hb(Ahad) Mei
Yuran: RM30 (Pengangkutan dan sebagainya)
Tempat: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
- Senarai Kumpulan dan Senarai barang kumpulan dan individu telah ditampal di board syabab KAPA
Senarai barang Ekspedisi 2012
Kumpulan
1. Roti 3x (buku)
2. Sardin/Tuna/Jam 3x (tin)
3. Brahim 3x (makan)
4. Parang 2x
5. Lighter 2x
6. Lilin askar, maksimum 2
7. Kentang 6x biji
8. Air Mineral 3x (botol besar)
9. Pisau 2x
10. Plastik Sampah 1x
11. Telur 6x biji
12. Lampu suluh 3x
13. Beras 3x makan;6 pot
14. Tali rafia
Individu
1. Seluar sukan 1x
2. Stokin 2x pasang
3. Kasut sukan & sekolah
4. Sweater/windbreaker/baju sejuk
5. Tali nilon (minimum 2m)
6. Kain anduh (minimum 1x)
7. Chocolate/Energy bar (3x HALAL )
8. Air isotonik dan air mineral secukupnya.
9. Al-Qur'an dan Al-Mathurat
10. Alat tulis dan buku LOG.
11. Sudu, garfu dan pinggan
12. Ubat-ubatan jika perlu
13. Baju Kadet
Tambahan untuk banin
1. T-shirt putih 2x
2. Seluar sekolah minimum 1x
3. Tali pinggang buckle kosong
4. Kain pelekat
Tambahan untuk banat
1. Baju sukan
2. Baju labuh bebas
3. Kain Batik
4. Tudung sekolah
Senarai kumpulan boleh rujuk di softboard KAPA di sekolah.
UJI CEKAP 2012
Tarikh:
25hb(Jumaat) ~ 27hb(Ahad) Mei
Yuran: RM10 (Pengangkutan dan sebagainya)
Tempat: The Jungle Lodge, Alang Sedayu @ Kem D'perkasa Alang Sedayu
- Senarai Kumpulan, silibus dan senarai barang telah ditampal ada ditampal di sekolah.
Boleh rujuk di papan-papan kenyataan di sekolah pada bangunan blok A di aras 1.